[: . . . M | a | Y | a | M | o | R | g | a | N | a™ :]

Sunday, April 24, 2005

[ Pizza Hut @ Giant K.J ]

Setelah berhempas pulas dan menghadapi risiko ala-ala Italian Job, akhirnya Pizza Hut menjadi kemuncaknya. Dengan menaiki kenderaan kancil + gen tot akhirnya destinasi yg dituju sampai. Makan besama-sama di Pizza Hut Giant, Kelana Jaya. Turut bersama adalah brader2 seperjuangan. Hermm enak sekali!!! yamseng!!

Monday, April 18, 2005

:{ P-e-r-G-o-L-a }:

Redup, Selesa & Santai Dengan Pergola

Terdapat pelbagai cara untuk menghias halaman rumah. Satu cara yang kini menjadi pilihan ramai ialah mewujudkan kawasan hijau di halaman rumah dengan membina pergola. Dengan adanya pergola, ia bukan saja dapat menyejukkan rumah, tapi juga menjadikan halaman kelihatan cantik apatah lagi jika pandai menjaganya.

Mungkin selama ini anda tidak pernah terfikir untuk mengadakan pergola di rumah sendiri. Panduan di bawah mungkin dapat membantu anda membuat keputusan apabila anda ingin mengadakan pergola di halaman rumah.

1. Sekiranya anda mempunyai halaman yang luas, adalah lebih sesuai membina pergola sendiri. Cara ini akan dapat menghasilkan pergola yang sesuai dengan cita rasa dan ukuran halaman.

2. Bagi halaman kecil, pergola pasang siap yang dibeli di kedai sudah memadai. Terdapat pelbagai jenis dan reka bentuk pergola ada dijual di pasaran, dari yang semurah RM1000 hinggalah menjangkau belasan ribu ringgit.

3. Pilihlah pergola yang dibuat daripada kayu bermutu seperti cengal yang boleh tahan sehingga 10 tahun. Dalam jangka masa yang lama ini, anda boleh mengubah jenis pokok yang diletakkan untuk menampakkan kelainan.

4. Bagi penghuni pangsapuri, terdapat pergola ringkas yang tidak berbumbung, sesuai untuk mewujudkan ruang hijau di balkoni.

5. Terdapat pelbagai cara untuk menghias pergola, bergantung kepada kreativiti anda. Keindahan pergola akan terserlah sekiranya pokok-pokok yang digantung di sekeliling pergola dan hiasan taman seperti air pancur dan patung haiwan yang diletakkan kena gayanya.

6. Meletakkan pergola di halaman adalah cara terbaik untuk menyejukkan rumah. Namun anda perlu bijak melihat arah matahari dan menyesuaikannya dengan kedudukan pokok. Letakkan pokok pasuan tinggi dan pokok gantung yang besar di kedudukan yang dapat menahan kemasukan cahaya matahari.

7. Pergola turut menentukan aliran udara ke dalam rumah anda. Sebaiknya janganlah sampai pergola terlalu sarat dengan pokok-pokok besar hingga menghalang laluan angin. Jika pokok-pokok terlalu rapat, angin tidak masuk dan rumah akan menjadi panas.

8. Sebelum membeli atau membina pergola, pertimbangkan juga jenis bahan yang digunakan untuk menutup tanah. Bahan cerah seperti simen hanya akan memantulkan cahaya matahari sehingga membuatkan halaman tetap panas meskipun ada pokok. Bagi dinding luar rumah pula, gunakanlah warna-warna terang yang tidak menyerap panas.

9. Ada pergola yang dijual berserta kolam dan ada yang tidak. Sekiranya anda ingin menyejukkan halaman, sebaik-baiknya pilih yang ada kolam atau air pancuran yang dapat memercikkan titisan-titisan halus air di sekitarnya. Lebih besar kolam atau air pancuran, lebih sejuk udara di sekitar halaman.






Pelbagai paten dan jenis pergola bergantung kepada kehendak pelanggan dan budaya tempatan.

-mofiz-

Friday, April 01, 2005

[: aKu TaNpA CiNtA-Mu :]

Aku Tanpa Cinta-Mu
Album : Munsyid
Izzat: Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
Faizal: Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah
Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya
JayJay: Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandangan
MuYang kabur kerna jahilnya aku
C/O: Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu TuhanUntukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih
3:35 minitLagu: Mujahid Abdul WahabLirik: Mujahid Abdul WahabProducer: Mujahid Abdul WahabVocal Arrangement: MirwanaMusic Arrangement: Mujahid Abdul Wahab

[: eXaM :]

Aha..my final exam will be on (Monday) 4th April 05, (Tuesday) 5th April 05, and (Saturday) 16th April 05! I totally have no idea what to write over here! just telling u that im in stress and depression situation! hope i can do my best in my exam! ok friends, pray for my success ok? may Allah bless you! roger thank you!

Sunday, March 27, 2005

[: Peter Pan - Mungkin Nanti :]

Saatnya ku berkata...
Mungkin yang terakhir kalinya...
Sudahlah lepaskan semua...
Kuyakin inilah waktunya...
Mungkin saja kau...
Bukan yang dulu lagi...
Mungkin saja rasa...
Itu telah pergi...
Dan mungkin bila nanti...
Kita kan bertemu lagi...
Satu pintaku...
Jangan kau coba...
Tanyakan kembali...
Rasa yang ku tinggal mati...
Seperti hari kelmarin...
Saat semua di sini...
Dan bila hatimu termenung...
Bangun dari mimpi mimpimu...
Membuka hatimu yang dulu...
Cerita saat bersamaku...
Mungkin saja kau...
Bukan yang dulu lagi...
Mungkin saja rasa...
Itu telah pergi...
Tak usah kau tanyakan lagi...
Simpan untukmu sendiri...
Semua sesal yang kau cari...
Semua rasa yang kau beri...

Saturday, March 26, 2005

[: Urusan Dimasa Cuti :]

Dari pagi sudah bergegas mengemas bilik tidur, fail-fail dibuka dan organizer diselak. Mencatur urusan yang harus diselesaikan. Post office-Pejabat OUM-TmNet Clikers-PWTC-Office antara lokasi dalam perancangan. Matahari sudah pun mula memanjat dalam tangganya sendiri. Tidak langsung menunggu aku yang lewat membelek Bil Elektrik, Bil Streamyx, Borang UKR04, Surat, Lesen Kenderaan yang telah tamat tempoh Julai 04. Semuanya wang! Hari ini sahaja perbelanjaan melebihi bajet yang ditetapkan setiap bulan. Argh..!! Sebentar lagi akan ku ke office utk buat OT. Opss!! jam menghampiri 9 pagi. Terus menyusur keluar selepas menjamah sarapan pagi hidangan sepinggan nasi goreng malam tadi. Urusan berjalan baik. Hujan turun lebat. Rasa ingin tangguh hajat ke PWTC utk ke PC Fair. Akhirnya sampai jua. Hujan pun hujanlah janji sampai ke PWTC. Lemas dalam kesesakan manusia yang berkunjung. Mencari sesuatu yang dihajatkan. Huh! akhirnya AcerTravelmate 4002WLCi menjadi milikku!! Alhamdulillah hajatku tercapai! Bajet lari lagi... simpanan susut! :( apapun aku gembira pada hari Sabtu ini.

Sunday, March 20, 2005

[: Tsunami Disaster Relief at Kuala Triang Langkawi :]

Diantara sampan nelayan yang masih elok. Kebanyakkan yang terselamat adalah diantara nelayan yang turun ke laut semasa kejadian Tsunami berlaku. Banyak pengalaman yang telah aku perolehi disana apa lagi bersama-sama nelayan dan mendengar rintihan mereka. Ada juga dikalangan mereka yang mengambil kesempatan keatas bantuan yang diberikan. iksh..iksh!! Apapun aku merasakan suatu kepuasan setelah menyiapkan enjin mereka yang telah diperbaiki dan digantikan. Rasa kepuasan didalam hati kerana dapat berbaki pada nelayan masyarakat melayu khususnya orang islam. Kecerian di raut wajah mereka menggambarkan seribu erti bagi mereka yang telah lama merindui belaian lautan dalam yang ditinggalakn kerana engin bot dan sampan yang rosak. bantuan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang terpaksa ditanggung membaiki kerosakan enjin / sampan mereka. Tahniah kepada SPNB, En Redza Abdoh (CEO), dan Relief Team kerana telah berjasa dan berbakti kepada bangsa, negara dan agama!!

Image hosted by Photobucket.com

Saturday, March 19, 2005

[: Langkawi Vacation :]

Bersama kawan-kawan sekampung bercuti di pulau peranginan Langkawi.


.